Peta Google: Kashgar--Kashi-Taklimakan-Aksu

26 April 2010

Kashgar @ 24 April 2010

Salam,

Bertemu kembali...

Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai di Kashgar. Saya menginap di Old City Hostel, berdekatan dengan Masjid Eidkah. Insya-Allah petang ini akan melawat ke sekitar old town, Kashgar.

3 hari saya akan berada di Kashi sebelum bertolak ke Hotan dan kemudian akan merentasi padang pasir Taklimakan menuju ke Aksu. Padang pasir ini ialah padang pasir yang paling panas dan kering di dunia. Kashi ini terkenal dengan kambing bakarnya. Pasti enak, ya.

Ok. Berjumpa lagi...

22 April 2010

Urumqi II

Salam,
Saya masih di Urumqi, tetapi di Xianjiang Province (termasuk kota Turpan, Kashgar, Hotan) tiada servis internet (post ini saya minta sahabat saya kemaskinikan). Saya macam terkepung tiada berita dari luar. Surat khabar semuanya dalam tulisan cina, tak boleh nak baca...
Kami hanya bertukar berita dengan kawan2 pengembara yang lain sahaja. Insya-Allah saya akan ke Almaty, Kazakhstan pada 29 April ini. Di sana barulah ada servis internet. Tapi dengarnya border Krgystan tutup sebab kekacauan politik. Mohon dari Allah supaya keadaan ok. Jika tidak, kena cari jalan lain ke Uzbek/Toskent dari Almaty.
Salam dari perantauan,

Urumqi, China

Salam semua,
Saya baru tiba di Urumqi pukul 2 petang semalam. Menaiki bas-40 yuan. Mungkin sok atau lusa ke Kashgar. Selepas itu ke Yining untuk pergi ke Almaty, Kazakhstan.
Salam dari Urumqi.

20 April 2010

Turpan, China.

Alhamdulillah, saya selamat sampai di Turpan, pada pukul 7 pagi tadi, bertolak dari Dunhuang. Sekarang, saya menginap di hostel murah (RM25 seorang) dan berkongsi dengan pelancong/pengembara dari Australia dan Holland. Selesai sahaja urusan, saya akan ke Urumqi, China dengan pelancong dari Holland. Sempat berkenalan dengan seorang rakyat di Dunhuang.
Alhamdulillah sekali lagi, semuanya ok. Salam untuk semua...

15 April 2010

Catatan dari Xian

Saya baru tiba di Xian pukul 5.30 pagi tadi (waktu sama dgn Malaysia). Baru saja lepas mengunjungi Xian Great Mosque and The Silk Road Monument (Where the silk road suppose to begin or end - basically my travel route should start from here!). Saya tinggal di sebuah hostel di tengah down town Xian (lebih tepat in the inner city wall) tiodak jauh dengan Moslem Community Quaters. Awak tentu terfikir macam mana saya boleh dapat tempat yang strategik begitukan? Murah pulak tu. Hanya RM20 satu malam. Saya hanya tahu tiga ayat Mandarin (tambah satu untuk teh hijau) untuk mengembara. Itu baiknya mengembara sendiri, you have to find new friend (a must!). Masa di Kunming aku juga duduk ditengah bandar Kunming, hanya 500 meter daripada penempatan Muslim Tertua di bandar itu. Semuannya kerana teman baru. Di Kunming saya kenal 2 pelancong dari Germany, keduanya pertama kali di Kunming. Jadi, kami sama-sama dapatkan hostel di Kunming. Kemudian saya kenal seorang pelancong dari England, tak ade masalah sebab dia baru tiba dari Xian. So, I got the address. Tapi lebih menarik dalam tren yang perjalanannya 2 malam (3 hari siang), saya berkenalan dengan 2 pelajar China yang belajar di Kunming. Bila lepas dari Chengdu, lebih bernasib baik aku berkenalan dengan seorang pelajar China yang baru balik (graduate)dari UUM Sintok. Dia tinggal di Xian (anak jati). So, everything becomes easy after that. Aku menulis mel ni dalam kafe mengadap Bell Gate salah satu mercu tanda penting dan bersejarah bagi Xian. Malam ni cadangnya saya nak belanja dia makan kat salah satu gerai Moslem di sini, apa lagi lamb bakar and Xian special soup. Kalau nak marilah.
Oh ya Xian snowing right now. Its very rare you know. Thats must be a very good welcoming for me. When Clinton visited Xian he got the city key from the mayor. When I arrive in Xian, the whole city blanketed with snow. How romantic the city to me! he he heh.

lagi dan lagi...




Foto-foto penulis dan pengembaraannya