Peta Google: Kashgar--Kashi-Taklimakan-Aksu

13 April 2010

Xian, tempatnya bermula Laluan Sutera...(12.04.2010)

Saya di sini Alhamdulliah dalam keadaan baik-baik. Masalah memang ada tetapi so far dapat diatasi. Saya bernasib baik dapat keluar dari Bangkok segera (on time), memang saya terperangkap dalam gelombang baju merah, semua tempat yang saya nak pergi (Sea Write di Oriental, taman Haji Phrayoon) dan penempatan Islam tidak jauh dari Siam Paragon) sama ada ditutup atau tak boleh lalu sesak dengan baju merah. Tempat yang saya biasa makan pun tak boleh pergi. Sekarang saya berada di Kunming China (sebelumnya di Vientiane dan Luangphrabang - ini kota suci orang Buddha - ada yang tanya what a muslim man like you doing in a place like this?, tempat ini tiada masjid atau surau tetapi ada dua restoran halal dan hanya ada empat muslim di situ - sembahyang di rumah, tetapi saya pun heran apa sebab mat-mat saleh suka betul ke tempat ni yang hanya menempatkan barisan kedai bangunan lama yang telah diubah menjadi guest house dan dua batang sungai), tinggal di sebuah hostel, biasalah shoestring traveller, tetapi keadaan menggembirakan. Petang ini saya ke Xian, tempat bermula (atau berakhirnya) Laluan Sutera. Di Kunming saya tinggal tidak jauh daripada penempatan Islam (tempat saya tinggal ini juga satu-satu kawasan tertua di Kunming yang belum dirobohkan untuk pembangunan semula), nasib saya baik betul berjumpa pula dengan Imam yang membawa saya hampir ke semua masjid yang ada di central Kunming (tidak kurang daripada 5 buah dan satu pusat Islam) walaupun kami tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa yang sama. Saya sedang buat penyelidikan tentang Zheng He (Cheng Ho) di Kunming. Kalau ada masa saya akan ke kampung dia dilahirkan atau ke museum Zheng He. Zheng He mempunyai peranan yang besar dan dia sangat dihormati. bacalah sedikit tulisan saya dalam akhbar nanti. Terima kasih.

1 comment:

  1. Selamat berkelana mencari ilmu dan mencari diri.

    ReplyDelete